Piston.my

Perodua Alza dikemaskini untuk 2018 – Dari RM51,490

Kereta jenis MPV (Multi-Purpose Vehicle) paling laris dan juga paling berpatutan kini telah dikemaskinikan untuk tahun 2018 dengan pelancaran generasi terbaru Perodua Alza. Kini dengan empat varian berbeza, Perodua Alza 2018 kini boleh didapati dari RM51,490 hingga RM62,690 (harga atas jalan tanpa insurans).

Apa yang baharu bagi model 2018 ini? Grafik panel instrumen telah direka semula bersama kluster tengah baharu yang boleh diakses melalui kunci kawalan jauh dwi-fungsi (tekan sekali untuk membuka kunci pintu pemandu sahaja, tekan dua kali untuk membuka kunci semua pintu).

Tempat duduk baris ketiga juga kini telah ditambahbaikkan dari segi keselesaan dengan sirip tetap baharu bahagian tengah ruang udara hadapan, sistem penyejat dan paip pertukaran udara baharu. Kesemua varian juga telah dipasangkan dengan lampu kabus hadapan, ‘spoiler’ belakang, stereng kemasan kulit, filem cermin keselamatan dan solar, sensor belakang dan rim aloi 15 inci (warna Perak untuk model Standard dan Titanium untuk SE dan Advance).

Bagi varian Standard dan SE, sistem audio baharu dengan USB dan Bluetooth boleh didapati. Jika anda ingin lebih keistimewaan, model SE dan Advance kini didatangi dengan bampar hadapan, gril depan bar berkembar dan ‘skirt’ sisi baharu.

Bagi bahagian dalaman, ciri-ciri baharu untuk SE dan Advance termasuk tempat duduk kulit baharu dan sensor bahagian sudut manakala model Advance kini dilengkapi dengan monitor bumbung, sistem multimedia skrin sesentuh Android dengan Smart Link, Bluetooth, navigasi dan kamera undur.

Model Alza masih mengekalkan enjin jenis 1.5 liter 3SZ-VE DVVT dengan transmisi manual 5-kelajuan bagi varian Standard MT dan transmisi automatik 4-kelajuan bagi varian Standard AT, SE dan Advance.

Kesemua varian Perodua Alza telah menerima penarafan ASEAN NCAP empat bintang dengan aspek-aspek keselamatan seperti dua beg udara badapan, ABS dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Brake Assist), dan juga tempat duduk barisan tengah dengan poin ISOFIX.

Berikut adalah senarai harga bagi Perodua Alza model 2018 (harga atas jalan tanpa insurans). Setiap pembelian ditawarkan dengan waranti jaminan lima tahun atau 150,000km dan juga empat pilihan warna iaitu Putih (Ivory White), Perak (Glittering Silver), Ungu (Mystical Purple) dan Biru (Electric Blue).

  • Perodua Alza Standard (MT) – RM51,490
  • Perodua Alza Standard (AT) – RM54,290
  • Perodua Alza SE (AT) – RM56,890
  • Perodua Alza Advance (AT) – RM62,690

Inginkan lebih keunikan? Perodua telah memperkenalkan barisan aksesori GearUp khas untuk model Alza. Untuk maklumat lanjut, layari www.perodua.com.my.

Harga Perodua TURUN dengan cukai SST!

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan