Piston.my

Menangi TUJUH Honda City baharu dengan Honda Malaysia!

  • Honda Malaysia akan menganjurkan kempen ‘Joy of Buying’ dimana anda berpeluang untuk memenangi tujuh Honda City baharu.

  • Tempah dan daftar mana-mana model baharu dari Honda Malaysia sebelum 31 Oktober 2018 dan jawab slogan ringkas untuk layak menyertai kempen ini.

  • Terdapat 300 hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi dari Honda Malaysia.

Honda Malaysia akan menganjurkan program baharu mereka iaitu kempen ‘Joy of Buying’ sempena bulan kemerdekaan Malaysia dan juga ulang tahun Honda yang ke-70. Kempen ini akan berlangsung dari 1 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 dan anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk sebuah Honda City baharu setiap minggu!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kempen ‘Joy of Buying’, anda hanya perlu membuat dua perkara yang mudah:

  1. Tempah mana-mana model baharu dari Honda Malaysia dari 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (dan juga daftar kenderaan yang sama antara 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018).
  2. Jawab slogan “The Power of Dreams” telah mengubah hidup anda dalam 50 patah perkataan (jawapan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diterima) di honda.com.my.

Terdapat 300 hadiah-hadiah menarik menanti anda dan seperti yang tertera di atas, Honda Malaysia akan memberi sebuah Honda City baharu sebagai hadiah utama setiap minggu selama tujuh minggu berturut-turut! 17 pemenang kedua akan dipilih untuk membawa pulang sistem panggung wayang rumah Sony dan 277 pemenang hadiah ketiga yang lain akan diberi cenderamata rasmi dari Honda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut bagi kempen ‘Joy of Buying’ dari Honda Malaysia, layari www.honda.com.my atau hubungi mereka di nombor telefon bebas tol 1-800-88-2020.

https://www.piston.my/2018/08/06/tunggang-uji-honda-cbr650f-2018-antara-dua-dunia/

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan