Piston.my

Mazda CX-3 dan Mazda6 2018 Dilancarkan! Dari RM121,134

Bermaz Motor dengan secara rasminya telah melancarkan model Mazda CX-3 2018 yang telah dikemaskini, bersama dengan Mazda6 2018. Pelancaran model baharu ini telah diadakan di Pulau Pinang bersempena dengan perasmian cawangan dan Pusat perkhidmatan 3S Mazda ke-85 yang baharu yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang.

Pusat perkhidmatan 3S Mazda Jelutong ini merupakan salah sebuah cawangan terbesar di Malaysia (berkeluasan 24,138 kaki per segi) ini telah menjadi tapak acara pelancaran bagi model Mazda CX-3 dan Mazda6 yang baharu yang telah diperkemaskini bagi tahun 2018. Bilik pameran yang baharu itu mampu memperagakan sebanyak 14 buah kenderaan pada satu-satu masa, dan yang lebih utama lagi, ia juga didatangkan dengan Pusat perkhidmatan 3S yang lengkap dengan 7 buah ruang penyelenggaraan yang boleh menyelenggara sehingga 500 buah kenderaan sebulan.

Segala jenis perkhidmatan sama ada jualan, tukar beli, pembiayaan dan juga perkhidmatan selepas jualan, ke semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung di Pusat 3S Mazda yang baharu di Jelutong, Pulau Pinang ini. Dengan pelbagai jenis model yang diperagakan, model Mazda CX-3 dan Mazda6 akan mengambil pentas utama dengan penggayaan dan prestasi mereka yang telah menggondoli pelbagai anugerah.

Mazda CX-3 2018 – RM121,134 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans)

Inginkan sesuatu yang elegan dan mewah sebagai kenderaan ‘crossover’ anda yang seterusnya? Mazda CX-3 2018 adalah pilihan yang tepat untuk anda! Model yang telah diperkemaskini ini telah diperhalusi dan ditala semula untuk memberikan anda prestasi pemanduan dan kecekapan yang lebih baik, di samping beberapa buah perubahan pada reka bentuknya bagi memastikannya kekal segar.

Bagi tahun 2018, Mazda CX-3 ini didatangkan dengan perubahan bahagian luaran yang tidak begitu ketara bagi aura kualiti, gaya, dan kemewahan yang dipertingkatkan. Ia tampak jelas sekali dari grille hadapannya yang baharu dengan bilah bidai krom berganda, lampu belakang yang lebih kemas, dan reka bentuk rim yang lebih elegan.

Ruangan dalaman Mazda CX-3 ini juga telah diubahsuai, di mana ianya dilengkapi dengan papan pemuka yang dikemaskini, kemasan berwarna merah, serta sebuah brek parkir elektronik yang membuka ruang untuk sebuah konsol tengah dan tempat letak tangan yang serba baharu, dan juga ruang simpanan yang lebih besar untuk kemudahan anda.

Kemaskini lain bagi Mazda CX-3 2018 adalah seperti berikut:

  • Penebatan bunyi yang dipertingkatkan untuk ruang dalaman yang lebih senyap.
  • Suspensi yang ditala semula bagi perjalanan yang lebih lancar.
  • Stereng kuasa serta casis yang ditentuukur semula untuk pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan.

Mazda CX-3 CBU 2018 kini boleh didapati pada harga RM121,134 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans) dan bagi mereka yang berminat, ianya didatangkan dalam enam pilihan warna yang berbeza; Soul Red Crystal, Ceramic Metallic, Machine Grey, Deep Crystal Blue, Jet Black Mica, dan Snowflake White Pearl.

Mazda6 2018

Berminat untuk memiliki sesuatu yang lebih mewah? Ingin memandu sesuatu yang mempunyai tahap kecanggihan yang mengagumkan? Model Mazda6 yang baharu, yang juga merupakan kereta penumpang utama tawaran Mazda, adalah jawapannya. Direka sebagai sebuah penjelmaan sempurna falsafah “Soul of Motion” – KODO Mazda, ianya gabungan yang cukup sempurna antara ciri premium dan teknologi pemanduan tercanggih.

Menggondoli pelbagai anugerah di seluruh dunia, model Mazda6 2018 yang baharu ini telah melalui satu lagi tahap penghalusan semula di mana pengemaskiniannya dalam di lihat di bahagian luaran mahu pun dalaman. Reka bentuk grille hadapannya yang baharu itu telah menonjolkan aura yang elegan dan premium, yang mana menyerlahkan lagi perwatakan dan susuk lebar kereta ini.

Sepasang lampu hadapan yang baharu meningkatkan lagi rupa bentuk yang mewah pada keseluruhan kereta ini, yang mana ia tampak amat cocok sekali dengan roda baharu Mazda6 ini. Bampar baharu telah dilengkapkan bagi meningkatkan lagi prestasinya, yang mana ia membantu dalam meningkatkan lagi tahap aerodinamiknya dengan menyalurkan udara ke tayar hadapan.

Melihat pada bahagian belakangnya, kemasan krom yang baharu beserta dengan sepasang lampu belakang yang baharu menawarkannya rupa paras yang lebih bertenaga, yang mana ianya telah dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk ekzos yang baharu yang telah diletakkan di bahagian yang lebih tepi kereta tersebut. Ini menyerlahkan lagi pusat graviti rendah kereta ini dengan mengemaskini rupa paras keseluruhannya.

Masuk sahaja ke ruang kabinnya dan anda akan disambut dengan rekabentuk papan pemuka yang baharu. Papan pemukanya yang lebih lebar dan kemas menawarkan Mazda6 ini dengan lebih banyak kemudahan, lebih-lebih lagi dengan paparan sistem infotainmen Mazda Connect lapan inci.

Kemaskini lain yang ada pada Mazda6 2018 yang baharu ini adalah:

  • Paparan projektor cermin hadapan berwarna “Active Driving Display”.
  • Kerusi hadapan baharu untuk keselesaan yang lebih baik.
  • Suspensi yang telah direka semula dan casis yang telah diperkukuh untuk pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan.
  • Paparan “Mazda 360º View Monitor”.
  • “Mazda i-ACTIVESENSE” yang dikemaskini untuk keselamatan yang dipertingkatkan.

Mazda6 CBU 2018 kini boleh didapati dalam empat varian berbeza; SkyActiv-G 2.0L (Sedan), SkyActiv-G 2.5L (Sedan & Touring), dan SkyActiv-D 2.2L Diesel (Sedan). Tujuh pilihan warna telah disediakan buat bakal pemiliknya; Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Jet Black, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal, Machine Gray, dan Titanium Flash. Harganya akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat!

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan