Piston.my

Porsche Cayenne 2018 dilancarkan – dari RM745,000

  • Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah memperkenalkan Porsche Cayenne 2018 dan juga Porsche Cayenne S 2018.

  • Generasi Cayenne terbaru mempunyai rekabentuk dan prestasi yang lebih mantap berasaskan model sport mereka iaitu 911.

  • Harga asas bersama GST 0% adalah RM745,000 untuk model Cayenne dan RM890,000 bagi model Cayenne S.

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru sahaja melancarkan Porsche Cayenne generasi ketiga yang dilengkapi dengan kemajuan lengkap. Gaya ‘sporty’ dan keselesaan telah ditingkatkan lagi dengan gandingan prestasi hebat Porsche dan juga unsure praktikal bagi kegunaan seharian.

Generasi terkini juga telah dilengkapkan dengan kotak transmisi lapan-kelajuan jenis Tiptronic S terbaharu, casis dan ketersambungan cemerlang.

Dua model berbeza telah dilancarkan hari ini dimana Porsche Cayenne telah dilengkapkan dengan enjin 3.0 liter V6 turbo yang menghasilkan 340hp dan 450Nm kuasa tork. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/h dalam masa 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 245km/h.

Porsche Cayenne S pula mempunyai enjin jenis 2.9-liter V6 dwi turbo dengan tambahan 100hp (440hp) dan 100Nm (550Nm). 0 hingga 100km/h hanya memerlukan 5.2 saat dan kelajuan maksimum 265km/h. Inginkan pecutan lebih?

Pilihan ‘Sport Chrono Package’ boleh menolong Porsche Cayenne mencapai 100km/h dalam masa 5.9 saat dan Porsche Cayenne S dalam masa 5.2 saat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer, “Cayenne terbaru ini menjanjikan sebuah kenderaan yang lebih Porsche dan lebih Cayenne lebih baik dari sebelumnya. Ianya lebih tepat, elegan, atletik, dan ekspresif.”

“Cayenne ini juga adalah lebih digital dan dirangkaikan sepenuhnya dengan menyediakan sambungan digital tahap yang lebih baik didalam kabin. Cayenne terbaru ini memberi pengalaman Porsche yang lebih menarik sambil mengekalkan kereta ‘sport’ asli untuk lima penumpang.”

Cayenne model 2018 yang mempunyai asas yang hampir serupa kereta sport ikonic 911 dan untuk pertama kali, model terbaru ini mempunyai tayar gabungan dan stereng gandar belakang.

Penambahbaikan lain termasuk keupayaan panduan di atas jalan, pemanduan semua roda (all-wheel drive), Porsche 4D Chassis Control, sistem suspense tiga-ruang, dan sistem elektronik the Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC).

Hasilnya adalah sebuah Cayenne yang mempunyai berat 65kg lebih ringan (1,985kg) dari generasi Cayenne sebelum ini dan juga amat sesuai untuk kegunaan ‘off-road’.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada Porsche Cayenne 2018 adalah:

  • Rekabentuk yang lebih mantap dan tayar yang lebih besar (19 inci)
  • Ruang simpanan sebanyak 770 liter (lebih 100 liter)
  • Lampu besar hadapan jenis tiga peringkat (three-stage)
  • Porsche Dynamic Light System (PDLS)
  • Mod memandu berbeza (Road, Mud, Gravel, Sand atau Rocks)
  • Porsche Traction Management (PTM)
  • Porsche Surface Coated Brake (PSCB) – Untuk pilihan tayar 20 atau 21 inci
  • Sport Chrono Package baharu dengan PSM Sport
  • Porsche Advanced Cockpit dengan Porsche Communication Management (PCM)

Harga jualan? SDAP telah menetapkan harga jualan dengan 0% GST (tanpa insurans dan cukai jalan) untuk Porsche Cayenne 2018 pada RM745,000 dan Porsche Cayenne S pada RM890,000. Harga ini hanya akan kekal sehingga 31 August 2018.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana Pusat Porsche yang terletak di Glenmarie, Sungai Besi atau Pulau Pinang.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan