Piston.my

Kia Stinger GT 2018 dilancarkan – dari RM239,888

  • Naza Kia Malaysia (NKM) telah melancarkan kereta sedan sport terbaharu mereka iaitu Kia Stinger GT 2018.

  • Terdapat dua varian berbeza dengan enjin 2.0-liter GT-Line dan 3.3-liter V6 GT dengan 251hp dan 365hp.

  • Harga asas jualan dengan GST 0% bagi Kia Stinger GT di Malaysia adalah dari RM239,888 hingga RM309,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

 

Naza Kia Malaysia (NKM) dengan bangganya telah melancarkan model terhebat mereka iaitu Kia Stinger GT 2018. Kenderaan sedan jenis sport ini yang telah dipratontonkan kepada rakyat Malaysia pada November tahun lepas baru sahaja disiarkan di laman Facebook Kia Malaysia minggu lepas dengan spesifikasi menakjubkan seperti 365hp, 510Nm kuasa tork dan kotak transmisi 8-kelajuan.

Ini juga bermaksud Kia Stinger GT 2018 telah dipasangkan dengan enjin 3.3-liter V6 turbo berkembar Lambda T-GDi empat silinder twin turbo. Digandingkan dengan kotak transmisi 8-kelajuan yang terkini dari Kia, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 4.9 saat sahaja! Kelajuan maksimum? 269km/j.

 

Varian kedua dilengkapkan dengan enjin 2.0 liter GT-Line twin-scroll turbocharged Theta II T-Gdi yang mampu menjana 251hp pada 6,200rpm dan 353Nm tork sekitar 1,400rpm hingga 4,000rpm. Konfigurasi yang cukup berkuasa ini lebih sesuai untuk kegunaan seharian yang lebih menjimatkan penggunaan petrol.

 

Dengan rekabentuk aerodinamik yang direkakhas untuk rupa yang mengiurkan dan prestasi tertinggi, gaya ‘sporty’ yang moden memberi gaya pemanduan yang efisien, selamat dan juga teruja. Dalam kategorinya, Kia Stinger GT adalah antara yang paling berkuasa dari segi kuasa kuda, tork, dan pecutan dengan harga yang agak berpatutan bagi sebuah kenderaan sedan jenis ‘sporty’.

 

Dari segi dalaman, roda stereng gaya ‘sporty’ jenis ‘D-cut’ memberi gaya dan perasaan yang sangat menarik. Paparan kluster tujuh-inci memberi maklumat penting kepada pemandu seperti skala G-force sewaktu di selekoh, masa pusingan (lap time), suhu minyak pelincir (bagi variant 3.3-liter GT sahaja), dan lain-lain.

 

Terdapat 15 pembesar suara dalam pakej sistem audio Kia Stinger GT  dari Harman Kardon. Ciri-ciri menarik yang lain adalah Head-Up Display (HUD), Dynamic Bending Light (DBL), Around View (AVM), Driving Rear-View Monitors (DRM), pengecas telefon jenis tanpa wayar, dan cermin sisi jenis ‘electrochromic’ untuk mengelakkan silau berlebihan.

 

Tayar saiz 19 inci ringan (18-inci untuk varian 2.0-liter) dilengkapkan dengan tayar Continental ContiSportContact™ 5 yang direkakhas untuk Kia Stinger GT dan jika anda lihat lebih dekat, brek sistem dari Brembo (13.8 inci 4-omboh hadapan, 13.4 inci 2-omboh belakang) telah dipasangkan untuk prestasi terbaik.

Casis Kia Stinger GT ini juga sangat menarik dengan aspek-aspek seperti:

  • Pacuan dua roda belakang (rear-wheel drive)
  • Dynamic Torque Vectoring Control (DTVC)
  • Sistem suspensi elektronik (Electronically controlled suspension)
  • Stereng jenis elektromekanikal (Rack-Mounted Driven Power Steering)

 

Terdapat lima jenis mod memandu yang berbeza bagi pelbagai jenis pemanduan iaitu Smart, Eco, Comfort, Sport dan Custom. Dalam mod Smart, computer dalaman Kia Stinger GT akan menyesuaikan aspek kenderaan berdasarkan cara pemanduan dan sekaligus akan mengoptimumkan prestasi.

Dari segi keselamatan, Kia Stinger yang telah diberi lima bintang dari Euro NCAP juga mempunyai spesifikasi seperti:

  • Hill-Start Assist Control (HAC)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Traction Control System (TCS)
  • Cornering Brake Control (CBC)
  • Blind-spot Collision Warning (BCW)
  • Rear Cross-Traffic Collision Warning
  • Tujuh beg udara

Naza Kia Malaysia telah menetapkan harga bagi Kia Stinger GT pada RM239,888 bagi varian 2-liter dan RM309,888 untuk varian 3.3-liter (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat lima pilihan warna iaitu HiChroma Red, Deep Chroma Blue, Panthera Metal dan Aurora Black. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.kia.com/my/.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan