Piston.my

Kereta elektrik Volkswagen terpantas di Pikes Peak?

  • Rekod baru di Pikes Peak International Hill Climb 2018 telah dicatat oleh kereta elektrik Volkswagen.

  • Volkswagen I.D. R Pikes Peak mampu menjana 670hp dengan hanya berat 1,099kg.

  • Gabungan dengan pemandu Perancis Romain Dumas berjaya menjadi kereta lumba pertama untuk mencatat masa dibawah 8 minit.

Pikes Peak International Hill Climb 2018 baru sahaja selesai berlangsung di Colorado Springs, Amerika Syarikat. Perlumbaan ikonik yang lebih dikenali dengan ‘Race to the Clouds’ sejauh 20km dan setinggi 4,302 meter berakhir dengan keputusan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi dari Volkswagen.

Kenderaan lumba elektrik pertama mereka iaitu Volkswagen I.D. R dipandu pelumba Perancis Romain Dumas pada mulanya berhasrat hanya untuk menjadi kereta elektrik terpantas. Namun begitu, mereka akhirnya mengubah matlamat kepada cubaan meraih rekod terpantas dalam kategori ‘Unlimited’ setelah memperolehi keputusan positif sepanjang sesi latihan.

Berbekal 670hp janaan dua enjin elektrik bersama bantuan Porsche dari teknologi projek kereta Le Mans Prototype 1 (dan juga intipati Formula 1), Romain Dumas berjaya menumpas rekod lama yang telah dicatat oleh Sebastian Loeb yang memandu kereta 875hp Peugeot 2018 T16 Pikes Peak yang dicatat pada tahun 2013.

Volkswagen I.D. R elektrik berjaya mencatat masa 7:57.148 iaitu 16 saat lebih pantas dari rekod sebelum ini!  Ia juga merupakan kereta lumba pertama yang berjaya mencatat masa dibawah masa 8 minit. Volkswagen berjaya mencapai kejayaan ini dengan teknologi aerodinamik yang canggih dan dari segi reka bentuk, Volkswagen I.D. R merupakan sebuah kenderaan yang sangat mengancam.

Kereta berkuasa 670hp yang hanya seberat 1,099kg ini merupakan antara contoh yang terbaik bagi masa hadapan dunia sukan permotoran. Kuasa elektrik tidaklah sebosan yang disangka oleh beberapa pihak dan dengan keputusan yang telah diperolehi oleh Volkswagen ini, semestinya ramai pengeluar kereta akan bertambah minat  dan memberi lebih perhatian kepada kuasa elektrik.

Tahniah kepada Romain Dumas dan juga Volkswagen diatas kejayaan mereka di Pikes Peak International Hill Climb 2018!

VPCM Umumkan Harga Perkhidmatan 0% GST Dan 10 Unit Eksklusif Model Volkswagen Golf R 3 Pintu Dibuka Untuk Tempahan!

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan