Baru-baru ini telah terjadi satu ‘blonde moment’ pada penulis. “Ini 2.0L kan?” yang mana ianya telah disambut dengan tenungan kebingungan dari pengurus komunikasi VPCM…
Dan sejujurnya, anda tidak boleh salahkan penulis, kerana VW Tiguan yang baharu ini terasa amat pantas, sehinggakan saya bagaikan tidak percaya ianya boleh dijana oleh enjin kecil 1.4 liter, yang mana cukai jalan tahunnnya adalah serendah RM70 sahaja. Di bawah ini adalah tanggapan pertama penulis dalam kereta, dan abaikan bahagian yang penulis memanggilnya sebagai kenderaan SUV dua liter.
Kereta Volkswagen Tiguan 1.4 TSi ini telah dijana oleh sebuah enjin empat silinder, suntikan terus, 1,395cc cas turbo yang menghasilkan 150Ps dan 250Nm tork, yang mana keseluruhan daya kilas kereta ini boleh dicapai pada tahap rpm serendah 1,500rpm.
Digandingkan DSG enam kelajuan, daya pemecutannya cukup mengagumkan sekali. Ianya dapat bermula dengan amat pantas, dan sekiranya cukup ruang jalan yang lurus, mampu mencecah kelajuan melebihi 200km/j. Diingatkan sekali lagi keseluruhan kuasa ini datang dari sebuah enjin 1.4 liter. Sejujurnya, masih susah untuk saya mempercayakannya, kerana kereta penulis sendiri mempunyai dau kali ganda kapasitinya dan pada masa yang sama, dua kali ganda lebih lembab…
Jika anda ingin memiliki VW Tiguan ini, penulis syorkan anda untuk tidak memilik pilihan rak bumbung (roof rack) seperti yang ada pada unit pandu uji ini, kecualilah anda benar-benar memerlukannya, kerana dari awal lagi saya telah menamakannya sebagai ‘roof-racket’. Lebih sahaja dari kelajuan 100km/j akan menghasilkan bunyi angin yang begitu kuat sekali, dan ianya menjejaskan kecekapan bahanapi kerana seretan angin.
Selain daripada masalah yang cukup mudah untuk diselesaikan itu, Tiguan ini sebuah SUV saiz sederhana yang cukup menakjubkan untuk dipandu. Lagi pun, ianya adalah sebuah VW, jadi anda dijamin dengan kualiti binaan yang hebat dan ergonomik pemanduan yang mengagumkan, selain daripada tahap redaman NVH yang menakjubkan.
Dan kini, satu lagi berita baik! Berikutan kadar sifar GST yang akan dikuatkuasa bermula 1 Jun 2018, model Tiguan yang baharu ini yang disediakan dalam dua trim berbeza, kini lebih murah lagi:
Tiguan | Comfortline | dahulu RM148,990 | kini RM139,888 |
Highline | dahulu RM168,990 | kini RM158,888 |
Secara keseluruhannya, agak sukar untuk mencari kekurangan VW Tiguan 1.4 TSi ini. Cekap bahanapi, murah untuk dipakai (masih tidak boleh mempercayai jumlah cukai tahunannya hanya serendah RM70!) dan menawarkan pemanduan dan pengendalian yang setaraf dengan SUV yang lebih besar dan mewah di dalam pasaran. Dari segi saiz, ia cocok sebagai kenderaan berulang alik harian dan bagi mereka yang lebih gemar sebuah SUV yang agak kecil, perlu benar-benar mempertimbangkan model ini sebagai pilihan mereka. Ia akan benar-benar mengejutkan anda.
Sebelum kami berundur diri, ini satu lagi video Tiguan baharu yang telah diambil sewaktu pelancaran rasminya, dari rakan kami Bobby Ang di #EVO Aurizn:
Untuk spesifikasi SUV Volkswagen Tiguan 1.4 TSi, tekan pautannya di sini : vw-modelspecsheet-tiguan1-4-wm