Piston.my

Bermaz Mazda Umumkan Harga 0% GST Dan Mazda Driving Academy

Mazda dengan secara rasminya telah mengumumkan harga model kenderaannya di Malaysia dengan 0% GST. Senarai harga tersebut boleh dilihat pada pautan di bawah:

Semenanjung Malaysia

Sabah dan Sarawak

RAIKAN KENIKMATAN PEMANDUAN DENGAN MAZDASPORTS ACADEMY

Kereta Mazda telah dibina dengan falsafah pembangunan bertumpu kepada manusia, bagi menerapkan keriangan pemanduan dalam setiap pemandu kereta Mazda. Daripada hanya berfokuskan kepada sudut mekanikal dinamik kenderaan, pembangunan Mazda lebih bertumpukan kepada individu supaya mereka dapat menzahirkan “Celebrate Driving” kepada pengguna mereka. Ini menghasilkan sebuah pengalaman yang berharmoni di mana pemandu berasa seakan bersatu dengan kereta mereka. Mazda mengelarkannya sebagai “Jinba-ittai”.

MazdaSports Academy, penambahan terbaru bagi Divisyen MazdaSports Bermaz Motor, komited dalam membentuk satu program pengalaman pemandu yang khusus untuk Mazda dan seiring dengan intipati jenama Mazda – “Celebrate Driving”. MazdaSports Academy pada mulanya akan memperkenalkan program pengalaman pemilikan “Advance Driving” direka khusus untuk pemilik Mazda, dan akan diadakan pada 9 Jun 2018 (Sabtu) di MAEPS, Serdang.

Melalui program “Advance Driving” ini, para peserta akan mendalami pengalaman ‘bersatu’ dengan kereta Mazda mereka dan mengetahui tahap potensi pemanduan mereka. Mereka akan dapat mengetahui posisi pemanduan yang sesuai untuk mereka dan mempertingkatkan lagi kebolehan pemanduan mereka melalui satu kursus praktikal pemanduan dinamik. Program ini terhad kepada dua puluh pemilik Mazda yang bersemangat. Pemilik Mazda yang ingin menyertai program ini boleh melakukannya dengan mendaftar melalui laman Facebook Mazda Malaysia.

Divisyen MazdaSports Bermaz yang telah ditubuhkan pada tahun 2016, meliputi pembangunan kenderaan, alat ganti dan aksesori, dan program pengalaman pemanduan. Sejak penubuhannya, Divisyen MazdaSports telah membangunkan dua model di bawah projek pembangunan kenderaannya; Mazda3 dan Mazda2 dengan plet nama MS dan M+, bagi kegunaan pasaran tempatan. Divisyen MazdaSports menjangka akan menawarkan program pengalaman pemanduan yang lebih meluas di bawah MazdaSports Academy pada masa yang akan datang.

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan