Piston.my

HMSB Umumkan Pengecualian GST Untuk Kereta Honda Berkuatkuasa Serta Merta!

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan bersempena dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia yang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditetapkan pada kadar 0% bermula 1 Jun 2018, Honda Malaysia akan mengambil inisiatif bagi membantu pelanggan mereka yang bercadang ingin membeli kenderaan mereka sebelum tibanya Hari Raya dengan ‘Bonus GST‘ mereka.

Melalui Bonus GST ini, para pelanggan yang mendapatkan model Honda terpilih bermula dari 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018*, Honda Malaysia akan menyerap 6% GST dan para pelanggan juga akan dapat menikmati kempen “Welcome Ramadhan Rewards”** Honda yang sedang berjalan. Model-model Honda yang layak untuk Bonus GST ini adalah City (Varian Petrol), Civic, CR-V dan HR-V.

Model-model Honda yang lain termasuklah Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid, dan City Hybrid, tidak termasuk dalam Bonus GST, namun, masih layak untuk bonus “Welcome Ramadhan Rewards”** Honda yang sedang dijalankan.

Honda Malaysia akan mengumumkan harga kenderaan mereka yang baru pada masa yang terdekat, bersempena dengan kadar GST 0% yang akan bermula dari 1 Jun 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di talian 1-800-88-2020, atau, layari laman sesawang www.honda.com.my.

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan