Piston.my

BMW Malaysia Umumkan Harga Kenderaannya Dengan GST 0%

Di bawah ini kami senaraikan harga-harga bagi kenderaan jenama BMW, MINI, dan BMW Motorrad dengan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0% sehingga notis seterusnya dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, berkata, “Sementara kita menantikan pengumuman dan pengesahan selanjutnya dari Kementerian Kewangan Malaysia, kami berharap dapat terus memberi perkhidmatan kepada para pelanggan kami dengan lancar. Yakinlah bahawa BMW Group Malaysia akan terus menawarkan ganjaran Premium Ownership penuh (di bawah).”

Tekan pautan untuk melihat harga-harga baru kenderaan BMW:

Kereta BMW: BMW – Semenanjung Malaysia

Kereta MINI: MINI – Semenanjung Malaysia

Motosikal BMW Motorrad: BMW Motorrad – Semenanjung Malaysia

Ganjaran ‘Premium Ownership’ BMW Group Malaysia ini termasuklah:

  • Waranti 5 Tahun Perbatuan Tanpa Had BMW beserta Program Penyelenggaraan Berkala Percuma.
  • Waranti 4 Tahun Perbatuan Tanpa Had MINI beserta Program Penyelenggaraan Berkala Percuma.
  • Program Waranti Tayar 2 Tahun / 24 Bulan BMW bagi perkhidmatan dan tawaran ‘Run Flat Tyre’.
  • ‘BMW Roadside Assistance’ dan ‘Accident Hotline’.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Perkhidmatan Atas Talian BMW dan MINI.

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan