Honda Malaysia telah mengumumkan kempen yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang telah membeli dan mendaftar sebuah kereta Honda Civic Type-R! Bermula dari bulan April 2018 sehingga Jun 2018, para pemilik kereta Civic Type-R ini berpeluang untuk memenangi hadiah percutian eksklusif ke Jepun bernilai sehingga RM30,000 bagi menikmati Grand Prix Formula 1 Jepun 2018 di Litar Suzuka pada bulan Oktober.
Kempen eksklusif “Sprint to the Suzuka Circuit” akan berjalan dalam tempoh masa tiga bulan, bermula dari bulan April 2018, sehingga Jun 2018. Pelanggan yang telah membeli serta mendaftar sebuah Civic Type-R yang baru sewaktu tempoh kempen tersebut perlu mengisi satu borang dan menjawab dua soalan ringkas di salah sebuah daripada 20 Sport Dealers Honda* untuk memperolehi peluang memenangi percutian eksklusif ke Jepun. Sepuluh pemenang eksklusif akan dipilih berdasarkan kreativiti jawapan mereka bagi dua soalan ringkas tersebut.
Sepuluh pemenang eksklusif akan menerima 2 tiket penerbangan ‘Business Class’, 2 tiket untuk menyaksikan Grand Prix Formula Jepun 2018, penginapan lima hari empat malam di Jepun dan dua barangan rasmi Honda, semua bernilai sehingga RM30,000.
Mengenai Honda Civic Type-R
Honda Civic Type-R serba baru yang telah dilancarkan pada bulan November 2017, adalah kereta pengeluaran pacuan roda hadapan (FWD) terpantas dunia. Dijana oleh enjin VTEC cas turbo 2.0 liter yang amat canggih, menghasilkan 310PS dan tork maksimum 400Nm, Civic Type-R yang baru ini telah dijurutera bagi memberikan pacuan yang paling mengujakan dalam segmen ‘hot hatch’, sama ada di atas jalan raya mahu pun litar perlumbaan. Tiga Mod Pemanduan yang ditawarkan dengan Civic Type-R terbaru ini adalah COMFORT, SPORT, dan +R; membolehkan pemandu untuk mengalami sendiri prestasi dinamik yang berbeza bergantung pada keadaan pemanduan. Mod yang berbeza memberikan kepada pemandu prestasi ala kereta lumba dan keselesaan yang diperlukan bagi sebuah kereta berulang alik harian.
Selain merupakan model Honda yang paling berkuasa pernah dijual dalam negara, pemilikan kereta Civic Type-R adalah sebuah kereta yang amat eksklusif. Setiap sebuah Civic Type-R yang dijual ini begitu unik, di mana setiap satunya diberikan plet nombor siri istimewanya yang sendiri, diletakkan secara strategik pada konsol tengah – sebagai peringatan tentang keeksklusifan Civic Type-R. Sejak ianya dibuka untuk tempahan pada 1 Oktober 2017, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 100 buah tempahan bagi kereta Civic Type-R terkini ini. Honda Civic Type-R yang diimport penuh ini telah ditetapkan harganya pada RM320,000 di atas jalan tanpa insurans.
Jadi, daftarlah sekarang bagi mendapatkan Honda Civic Type-R eksklusif ini! Pelanggan boleh melawat mana-mana satu di antara 20 Sport Dealers Honda* untuk membuat tempahan Civic Type-R yang baru ini sewaktu kempen “Sprint to the Suzuka Circuit” bagi memperolehi peluang untuk memenangi hadiah percutian ke Jepun. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta Honda Civic Type-R ini, sila hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020, atau, layarilah laman sesawang www.honda.com.my.
Senarai Sport Dealers Honda*
Bil | Wilayah | Honda Sport Dealers | |
1 | Tengah | Autoworld Asia Sdn Bhd | |
2 | Tengah | Botanic Auto Mall Sdn Bhd | |
3 | Tengah | Global Amity Sdn Bhd (Bangi) | |
4 | Tengah | Kah Motor Co Sdn Bhd – Selayang | |
5 | Tengah | Sri Utama Auto Sdn Bhd | |
6 | Tengah | USJ Car Express Sdn Bhd | |
7 | Tengah | MH Prestige Auto Sdn Bhd | |
8 | Tengah | Peringgit Sri Motor Sdn Bhd | |
9 | Tengah | Tenaga Setia Resources Sdn Bhd | |
10 | Tengah | The Millenium Auto Carriage | |
11 | Pantai Timur | Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd | |
12 | Sabah & Sarawak | Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd | |
13 | Utara | Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd | |
14 | Utara | Formula Venture Sdn Bhd | |
15 | Utara | Kah Motor Co Sdn Bhd – Sg Pinang | |
16 | Utara | Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd | |
17 | Utara | Yooi Cars Sdn Bhd | |
18 | Selatan | Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban) | |
19 | Selatan | Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd | |
20 | Selatan | Yong Ming Motor Sdn Bhd |