Piston.my

Helmet HJC RPHA 11 Cars 3 Kini Boleh Didapati Di Malaysia! Dari RM2,729!

  • HJC Helmet Malaysia kini menawarkan helmet full-face edisi terhad, HJC RPHA 11 Cars 3 untuk pasaran Malaysia.
  • Kedua-dua helmet tersebut datang dalam bentuk helmet HJC RPHA 11 Lightning McQueen dan HJC RPHA 11 Carbon Jackson Storm.
  • Harga runcit yang disarankan bagi helmet HJC edisi terhad Cars 3 adalah dari RM2,729 hingga RM3,389.

Perhatian tuan-tuan dan puan-puan! Helmet full-face HJC RPHA 11 Cars 3 terbaru telah tiba di tanah air kita lengkap dengan pelbagai ciri-ciri yang mengujakan. Sekiranya anda peminat tegar francais filem Cars seperti kami, kedua-dua helmet ini adalah sesuatu yang pasti perlu anda miliki secepat mungkin, selaju wira filem ini, Lightning McQueen.

Berdasarkan filem terkini dalam francais ini, Cars 3, kedua-dua helmet HJC RPHA 11 tersebut telah diilhamkan dari protagonis serta antagonis filem tersebut, Lightning McQueen dan Jackson Storm. Kereta lumba kegemaran kita semua ini telah diterapkan pada salah sebuah model helmet premium HJC dengan rekaan serta kemasan grafik terkini seperti mana yang dapat anda saksikan dalam filem itu.

Diwarnakan dalam warna merah dan kuning seperti watak animasi Pixar yang ikonik itu, helmet RPHA 11 ini ada segala-galanya yang diperlukan anda untuk tampil ranggi dan laju walaupun dalam keadaan pegun. Dengan api berwarna kuningnya serta nombor 95 dan tanda tangan “Lightning McQueen” tertera pada sisinya, helmet yang ringan ini (1,350 gram) juga turut mempunyai stiker penaja terkini Rust-eze di belakang yang melengkapkan lagi rupanya.

Helmet RPHA 11 ini adalah helmet full-face yang diperakui penuh yang memiliki pelbagai ciri-ciri yang menakjubkan seperti struktur binaan PIM+ yang ringan dan teramat kuat, gabungan karbon fiber, aramid, gentian kaca, dan fabrik tanpa tenun organik, struktur tempurung aerodinamik, aliran udara maksimum, dan bermacam-macam lagi.

Jika Lightning McQueen tidak sesuai untuk anda, helmet HJC RPHA 11 Carbon Jackson Storm adalah helmet yang akan mengujakan anda. Helmet ini melambangkan watak yang menggambarkan kereta lumba berteknologi tinggi generasi seterusnya di mana teknologi menguasai segalanya (saksikanlah filemnya dan anda pasti akan mengerti maksud kami).

Dilitupi dengan kemasan grafik futuristik IGNTR Jackson Storm, beserta dengan kemasan warna biru di dalam kemasan karbon fibernya itu, ianya sekuat dan sepantas bagaimana ianya patut digunakan; meluncur dengan kelajuan tinggi di atas litar lumba. Tempurungnya berbeza daripada yang ada pada tempurung helmet Lightning McQueen kerana ianya dibina secara majoritinya menggunakan karbon fiber, menjadikannya amat ringan dengan beratnya hanya 1,300 gram.

Sebagai pewaris kepada model HJC RPHA 10 yang amat diminati ramai, model RPHA 11 baru ini telah dipertingkatkan lagi bagi menjadikannya lebih berkebolehan dalam menangani sebarang cabaran yang hadir sama ada di atas litar, dalam sukan permotoran, mahu pun untuk kegunaan harian.

Perubahan besar yang lain termasuklah aerodinamik tempurung yang telah lebih diperhalusi, ‘spoiler’ belakang yang dipertingkatkan lagi, sistem pengudaraan yang diperkemaskini (dengan penambahan lohong di bahagian dahi), lapangan penglihatan yang dipertingkatkan, dan bermacam-macam lagi, tiada apa lagi yang dapat ditambah melainkan untuk melihat helmet-helmet ini dengan anak mata anda sendiri untuk memahami betapa cantik serta canggihnya helmet-helmet ini.

Helmet HJC RPHA 11 Lightning McQueen telah ditetapkan harganya pada RM2,729 manakalan bagi helmet HJC RPHA 11 Carbon Jackson Storm pula pada harga RM3,389 (harga runcit yang disarankan). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook rasmi HJC Helmet Malaysia, atau kunjungilah mana-mana pengedar sah mereka di seluruh negara.

HJC RPHA 11 Cars 3 Lightning McQueen

HJC RPHA 11 Cars 3 Jackson Storm

Selain itu, saksikanlah video ‘perasmian’ helmet siri HJC RPHA 11 Star Wars dan Monster Energy kami di bawah!

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan