Piston.my

1990an Honda CR-X Mugen

Pada pendapat saya, banyak jentera 4 roda yang menarik hadir pada tahun 1980 sehinggalah akhir 2000. Lihat sahaja jentera dari Honda ini dengan kit badan dari Mugen ini.  

Honda CR-X generasi kedua ini dikeluarkan pada tahun 1988 -1991 kemudian digantikan dengan model Honda CR-X del sol yang mempunyai rekaan yang sangat berbeza dengan CR-X ini.

Kit badan dari Mugen ini cukup menarik dan sebagai kanak-kanak dari 90an, ini adalah salah satu kereta yang menjadi idaman.

Legasi CR-X diteruskan dengan Honda CR-Z namun CR-Z hadir dengan enjin hibrid yang tidak cukup berkuasa untuk mempunyai aura yang sama dengan CR-X kerana CR-X fokus kepada keringanan dan prestasi enjin yang mampu menjana sehingga 140PS dari pembakaran 1.6L campuran bahanapi dan udara di kebuknya.

Those were the times…

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan