Hyundai memperkenalkan konsep skuter elektrik IONIQ, yang boleh dimuatkan ke pintu kereta Hyundai IONIQ.
Konsep ini adalah untuk menyelesaikan masalah pergerakan pengguna kereta jarak perbatuan pertama dan yang terakhir. Maksudnya dari rumah atau pejabat anda ke tempat letak kereta dan dari tempat letak kereta ke rumah atau pejabat anda.
Rekaannya cukup padat pada saiz beg sederhana apabila dilipat dan mudah pula untuk membukanya untuk digunakan.
Apabila anda meletakkannya dalam pintu kereta, ia akan dicas semula. Ini adalah satu idea yang sangat baik dan memang patut disegerakan untuk pengeluaran besar-besaran.
Sumber: Hyundai